INISIATIF Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) yang menyediakan liputan saling hubung dan perkhidmatan internet berkualiti untuk rakyat mendapat pengiktirafan dunia, baru-baru ini.
Ini setelah ia terpilih antara lima Project Champion di bawah Kategori C2 – Information and communication infrastructure: an essential foundation for an inclusive information society, oleh World Summit on the Information Society (WSIS) – WSIS Prizes 2023 anjuran Kesatuan Telekomunikasi Antarabangsa (ITU).
WSIS Prizes adalah pertandingan antarabangsa unik, dibangunkan bagi menilai dan mengiktiraf projek cemerlang dalam melaksanakan strategi berorientasikan pembangunan ICT sebagai pemangkin kepada pembangunan.
WSIS Prizes juga merupakan satu platform untuk mengenal pasti dan mempamerkan kisah-kisah kejayaan serta model yang boleh dicontohi.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) memaklumkan, pemenang yang akan diumumkan pada Majlis Anugerah WSIS 2023 sempena WSIS Forum 2023 di ITU UN, Geneva, Switzerland pada 14 Mac ini.
“Kejayaan ini merupakan satu pengiktirafan besar kepada MCMC yang telah bertungkus lumus untuk merealisasikan inisiatif JENDELA.
“Pihak MCMC juga ingin merakamkan penghargaan kepada semua yang mengundi dan memberi sokongan penuh terhadap inisiatif ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Baca artikel lain: Polis tumpas tiga sindiket dadah libat nilai rampasan lebih RM2 juta
MCMC memberitahu, JENDELA yang merangkumi dua fasa dibangunkan untuk meningkatkan secara berterusan liputan saling hubung dan penyediaan internet berkualiti untuk rakyat, sektor perniagaan dan pihak berkepentingan.
Ujarnya, menjelang hujung 2025, JENDELA mahu memperluaskan akses Gigabit bagi jalur lebar talian tetap kepada sembilan juta premis, 100 peratus kawasan berpenduduk mendapat liputan dan mencapai purata kelajuan jalur lebar mudah alih pada 100Mbps.
“JENDELA Fasa 1 (2020-2022) menyasarkan untuk memperluaskan akses Gigabit bagi jalur lebar talian tetap kepada 7.5 juta premis, meningkatkan liputan jalur lebar mudah alih 4G kepada 96.9 peratus di kawasan berpenduduk, meningkatkan purata kelajuan jalur lebar mudah alih kepada 35Mbps.
“Sementara itu, JENDELA Fasa 2 (2023-2025) memberi tumpuan dalam penyediaan liputan Internet bagi baki tiga peratus (3 peratus) kawasan berpenduduk, memperluaskan akses Gigabit bagi jalur lebar talian tetap kepada sembilan (9) juta premis,” katanya.
Pengiktifaran ini bukti komitmen kerajaan dan MCMC memperkasakan kesalinghubungan dan ekosistem digital supaya rakyat serta negara akan sentiasa bersedia untuk mendepani cabaran ekonomi semasa secara keseluruhan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram