KETUA Penerangan UMNO, Isham Jalil membidas, kenyataan bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berhubung isu surat tular yang didakwa daripada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).
Isham berkata, meskipun belum pernah membaca surat berkenaan namun kandungannya dilihat tidak jelas dan banyak tafsiran.
“Pada hemat saya, menteri bagi surat mengatakan pengecualian itu sebab kalau surat RoS itu betul, kita banyak perkara yang boleh dipertikai. Nombor satu sebab-sebab kenapa RoS kata benda ini tidak teratur.
“Kalau dia (Khairy) tahu undang-undang, dalam Malaysia ini ada satu dokumen undang-undang nama dia Perlembagaan Malaysia, dalamnya Perkara 10 menyatakan kebebasan berpersatuan.
“Maksudnya setiap pertubuhan dan persatuan itu adalah bebas serta berhak untuk menentukan keputusan dan hala tuju perjalanan masing-masing,” katanya dalam siaran video dimuat naik di Facebook, hari ini.
Semalam, Khairy berkata, UMNO perlu mengambil tindakan pembetulan dengan melaksanakan semula pemilihan jawatan bagi Presiden dan Timbalan Presiden parti.
Katanya, perlembagaan UMNO telah menetapkan bahawa jawatan-jawatan utama termasuk Presiden dan Timbalan Presiden hendaklah dipilih setiap tiga tahun sekali.
Baca artikel lain: Irmohizam dilantik Profesor Adjung di UPNM
Pada masa sama, Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi pengecualian daripada pematuhan Seksyen 13(1)(c)(iv) Akta Pertubuhan 1966 (Akta 832) kepada UMNO berhubung keputusan usul tambahan.
Sebelum ini, usul tambahan agar jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan dalam pemilihan UMNO akan datang dicadangkan perwakilan dari Negeri Sembilan, Mohd Shukri Samsudin.
Mengulas lanjut, Isham berkata, sekiranya UMNO membawa susul supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tak dipertandingkan maka, mereka boleh bawa usul itu kepada ahli-ahli untuk menentukan sama ada sesuatu keputusan sah atau tidak.
“Yang boleh menentukan perkara ini adalah Perhimpunan Agong UMNO (PAU), sebab memang betul Majlis Tertinggi boleh buat keputusan tetapi yang lebih tinggi daripada Majlis Tertinggi itu adalah PAU sebab perwakilannya lebih ramai.
“Bila kita bawa ke PAU, kita ada (bukti) video semua, senarai perwakilan telah dihantar ke RoS dan 90 peratus daripada mereka telah berdiri.
“Pengerusi tetap pun telah bertanya siapa yang tidak bersetuju, ada yang tidak bersetuju juga tetapi beberapa kerat sahaja, saya rasa tidak sampai dalam 30 orang daripada 30,000 orang dalam dewan itu,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram