Mafia korporat Malaysia: Polis buka dua kertas siasatan sejak tahun lepas

Dari Penulis

Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka dua kertas siasatan sejak Mei lepas berhubung dakwaan kes salah laku dan penyelewengan kewangan seperti yang dilaporkan dalam artikel ‘Rahsia Mafia Korporat Malaysia, Victor Chin Boon Long Peralat Penguatkuasa Terbongkar’.

Setiausaha PDRM Datuk Noorsiah Saaduddin dalam kenyataan hari ini mengesahkan PDRM menerima laporan berhubung kes itu pada 25 Mei tahun lepas. 

 “Laporan itu menyatakan wujud salah laku dan penyelewengan kewangan melibatkan wang berjumlah RM30.7 juta dalam pengurusan syarikat Caely (M) Sdn Bhd (Anak Syarikat Milik Caely Holdings Berhad) dan susulan itu satu lagi laporan polis telah dibuat oleh polis pada 21 Sept tahun lepas,” katanya.

Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan pecah amanah jenayah oleh ejen dan Seksyen 201 kanun sama iaitu kesalahan menyebabkan hilangnya keterangan mengenai suatu kesalahan yang dilakukan atau memberi maklumat palsu mengenai kesalahan itu bagi mengelakkan pesalah daripada hukuman.

Baca : ‘Mafia’ mampu ‘beli dan kuasai’ tampuk PDRM, tentukan kedudukan pegawai – IGP

Katanya kes telah dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara pada 27 Feb lepas untuk arahan dan keputusan lanjut.

Beberapa hari lepas, sebuah portal tular menerusi media sosial menerbitkan artikel berhubung sekumpulan individu melakukan cubaan merampas syarikat senarai awam Caely Holdings dan sebuah syarikat lain.

Kemelut perebutan mengakibatkan kejatuhan harga saham malah ia mendakwa turut membabitkan agensi penguatkuasaan, penyiasatan, penahanan dan pembekuan akaun ahli lembaga pengarah syarikat itu.

— BERNAMA

Wednesday, 08 March 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Tindak-tanduk Kor Ming tak cerminkan kredibiliti menteri – MCA

TINDAK-TANDUK Nga Kor Ming disifatkan tidak mencerminkan kredibilitinya sebagai seorang menteri Kabinet. Sebaliknya, Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong...

More Articles Like This