PENGERUSI Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dilantik semula sebagai Pengerusi Felcra Berhad berkuat kuasa 1 Mac lepas, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Perkara itu diumumkan Ahmad Zahid ketika berucap pada Majlis Pengenalan Calon Pengerusi Tetap, Timbalan Pengerusi Tetap, Naib-naib Presiden dan Ahli Majlis Tertinggi sempena Pemilihan UMNO sesi 2023-2026 peringkat negeri Kelantan, di sini hari ini.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata pelantikan semula Ahmad Jazlan adalah berikutan keupayaan dan prestasi yang ditunjukkannya sebagai pengerusi agensi itu sebelum ini.
“Saya telah umumkan secara berperingkat pelantikan pengerusi syarikat berkaitan kerajaan kerana jawatan-jawatan itu diluluskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mengikut prosedur yang terdapat dalam pelantikan tersebut.
Baca artikel lain: Islamofobia dan keganasan mesti ditolak – PM
“Tidak ada perkara, faktor-faktor yang nyata atau sembunyi kerana ia adalah hak mutlak Perdana Menteri,” katanya kepada pemberita selepas majlis tersebut.
Ahmad Jazlan, bekas Ahli Parlimen Machang, dilantik sebagai Pengerusi Felcra Berhad pada 1 Okt 2021.
Pada 21 Dis lepas, Perdana Menteri menangguhkan pelantikan semula Ahmad Jazlan sebagai Pengerusi Felcra yang diumumkan Ahmad Zahid pada 16 Dis 2022.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram