PEMAIN badminton perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia tidak menghadapi masalah menewaskan pemain Thailand, Sitthikom Thammasin 21-12, 21-15 pada pusingan pertama Kejohanan Badminton Seluruh England (All England) sebentar tadi.
Selepas gagal mencatatkan kejayaan memberangsangkan dalam beberapa pertandingan sebelum ini dan tersingkir di pusingan keduapada kejohanan Terbuka Jerman minggu lalu, pemain No.4 dunia itu turun dengan harapan cukup tinggi untuk kembali bangkit
Pada perlawanan yang berlangsung di Utilita Arena, Birmingham itu, permainan bermula dengan agak perlahan di set pertama dengan membenarkan pemain lawan mendahului, namun pemain kelahiran Alor Setar, Kedah itu berjaya untuk bangkit sebelum menang 21-12 dalam tempoh 14 minit.
Memasuki set kedua, Zii Jia yang mendapat suntikan semangat hasil kemenangan awal tidak memberikan peluang kepada Thammasin apabila menguasai sebahagian besar permainan meskipun cuba diberikan saingan oleh lawan.
Walaupun Thammasin cuba untuk mengejar selepas ketinggalan 10-13, namun Zii Jia tetap fokus serta melakukan serangan demi serangan ke arah lawannya itu, sekali gus memastikan kemenangan 21-15 dalam tempoh 19 minit.
Sementara itu, lawan Zii Jia di pusingan kedua esok bakal ditentukan pada pertemuan antara pemain Jepun, Kenta Nishimoto dan Brian Yang dari Kanada dalam perlawanan yang turut berlangsung hari ini.
Zii Jia dalam satu temubual selepas perlawanan menyatakan dia yakin akan mampu kembali bangkit dalam kejohanan ini yang sentiasa memberikan satu persekitaran yang baik kepadanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram