GAMBAR: Abd Razak Aid

PEJABAT Perdana Menteri (PMO) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut terhadap pihak yang secara sengaja menyalahgunakan nama atau kedudukan pejabat itu bagi tujuan tertentu.

PMO dalam kenyataan menegaskan, pihaknya tidak teragak-agak termasuk melibatkan sudut perundangan terhadap pihak yang terlibat dengan perkara sedemikian.

Menurut PMO, tindakan sedemikian adalah amat tidak bertanggungjawab.

Malah, ia juga memberi dampak negatif kepada kredibiliti PMO dan institusi kerajaan.

“PMO memandang serius tindakan mana-mana pihak yang secara sengaja menyalahgunakan nama atau kedudukan PMO bagi tujuan tertentu.

Baca artikel berkaitan: Bekalan telur import: Ka Siong dakwa diugut ‘Deepak’, guna nama PMO

“Justeru, pihak PMO tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan lanjut termasuk melibatkan sudut perundangan terhadap pihak yang terlibat dengan perkara sedemikian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kenyataan itu bagaimanapun tidak memetik mana-mana individu mahu pun pemimpin yang dikatakan menyalahgunakan nama atau kedudukan PMO.

Terdahulu, Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong mendakwa diugut seseorang bernama ‘Deepak’ ekoran kenyataannya di Dewan Rakyat mengenai isu bekalan telur yang diimport dari India.

Ka Siong mendakwa telah menerima panggilan daripada ‘Deepak’, pagi semalam memintanya mengeluarkan kenyataan bagi memperbetulkan ucapan awal mengenai isu tersebut di Dewan Rakyat, baru-baru ini.

Beliau berkata, lelaki tersebut juga telah menggunakan nama Pejabat Perdana Menteri (PMO) supaya Presiden MCA itu memperbetulkan kenyataan dan menyelesaikannya di luar mahkamah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram