Sebuah bagasi berwarna merah berisi mayat seorang lelaki ditemui di tepi jalan Tenjo, Bogor dekat Jawa Barat.

MAYAT seorang lelaki ditemukan tanpa kepala dan kaki disumbat di dalam sebuah bagasi berwarna merah di tepi Jalan Tenjo, Bogor dekat Jawa Barat pada 7.15 pagi tadi.

Memetik laporan Detik.com, mayat berusia 30 hingga 40-an itu ditemui oleh seorang penduduk ketika dalam perjalanan ke tempat kerja.

Video penuh di bawah ⬇️

Ketua Polis Tenjo, Iptu Suyadi berkata, saksi telah melihat sebuah bagasi pakaian di dalam kawasan semak.

“Saksi bertindak memeriksa bagasi terbabit dan menemukan beberapa bahagian badan sudah dikerat.

“Saksi kemudian melaporkan perkara tersebut kepada pihak berkuasa,” ujarnya.

Baca : Bagasi berisi bahagian badan manusia ditemukan di tepi Lebuhraya PLUS

Suyadi berkata, pemeriksaan polis mendapati mayat tersebut dalam posisi menghadap ke tanah dan terdapat beberapa bahagian badan tidak mencukupi.

“Mayat mangsa hanya tinggal separuh badan dan kedua-dua belah tangan. Tiada kepala dan kaki,” tambahnya.

Jelasnya, pihak polis masih menunggu pasukan Sistem Pengenalan Cap Jari Automatik Indonesia bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai identiti mangsa.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram