Nak hidangan ekspress, cepat dimasak segera dimakan? Ini diaaaa…. Spageti Tomyam Goreng, 5 minit siap dah boleh dimakan. Tak perlu tunggu lama, untuk menyiapkan penyediaannya. Selain ayam, boleh juga digantikan dengan sotong, udang atau pun daging. Ikutlah selera kita. Jomlah

SPAGETI TOMYAM GORENG
BAHAN

200 gm spageti – rebus
200 gm isi ayam – potong dadu
4 tangkai cili padi – ketuk
80 gm cendawan tiram
2 helai daun limau purut – carik-carik
½ biji limau nipis
1 sudu besar sos ikan
2 sudu besar pes tomyam
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos cili
2 cm lengkuas – hiris

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan minyak, dadarkan telur dan hancurkan. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak, tumis ayam sehingga masak. Masukkan pes tomyam bersama lengkuas. Tumis seketika.
  3. Kemudian masukkan daun limau purut, sos tiram, sos ikan dan sos cili. Tumis sebentar. Masukkan spageti, cili padi dan cendawan tiram.
  4. Campurkan telur dadar dan masak sehingga sebati.
  5. Hidangkan bersama hirisan limau nipis.