Tangkap layar rakaman memaparkan kejadian samun di Puteri Harbour.

POLIS menahan dua lelaki yang dipercayai terlibat dalam kejadian samun berparang di Puteri Harbour, Iskandar Puteri.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisoner Rahmat Ariffin berkata, kedua-dua suspek berbangsa India itu mengaku terlibat dalam kejadian terbabit dengan cara melanggar kereta mangsa.

“Suspek juga telah mencederakan mangsa dengan menggunakan parang.

“Ekoran dari tangkapan, polis berjaya membuat beberapa barang rampasan yang dapat membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca : Mangsa kes samun RM150,000 di Kuantan rupanya dalang kejadian

Jelasnya, suspek direman sehingga Sabtu dan kes disiasat di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan.

Rahmat berkata, siasatan masih diteruskan bagi mengesan rakan sejenayah.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram