MENTERI Komunikasi dan Multimedia, Fahmi Fadzil mengecam sekeras-kerasnya tindakan ugutan yang didakwa diterima pengarah dan pelakon filem kontroversi Mentega Terbang.
Dalam ciapan di Twitter, Fahmi turut mengecam sebarang tindakan di luar batas undang-undang.
Menurut beliau, rakyat Malaysia mesti mematuhi undang-undang dengan tidak mengambil tindakan yang boleh merosakkan harta benda dan mengancam nyawa.
“Saya kecam sekeras-kerasnya ugutan ini serta sebarang tindakan di luar batas undang-undang.
“Patuh kepada undang-undang, jangan ambil tindakan sendiri,” katanya dalam ciapan tersebut.
Baca artikel berkaitan: Polis selesai rakam keterangan penerbit, pelakon Mentega Terbang
Terdahulu, tular empat gambar di Twitter yang menunjukkan kereta jenis Toyota dan Proton disimbah cat dan asid, selain turut dipaparkan nota berbaur ugutan mengancam nyawa mangsa sekeluarga pada cermin kereta terbabit.
Ugutan tersebut didakwa diterima pengarah filem Mentega Terbang, Khairi Anwar.
Memetik laporan Malaysiakini, pengarah berusia 31 tahun itu berkata, kereta pelakon filem tersebut, Arjun Thanaraju juga disimbah dengan cat merah dan asid.
Sebelum ini, filem yang ditayangkan menerusi platform penstriman video itu mengundang kecaman dan kegusaran orang awam, berikutan karya itu didakwa memaparkan adegan dengan unsur-unsur bertentangan fahaman serta kepercayaan agama.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram