PKR akan mengadakan Kongres Nasional Khas, Sabtu ini yang memberi tumpuan kepada persiapan pimpinan dan anggota parti itu bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, Kongres Nasional Khas yang akan diadakan di Stadium Malawati, Shah Alam itu mengangkat tema ‘Malaysia Madani Pelaksanaan Sebuah Idealisme’.

Menurut beliau, kemuncak kongres sehari itu adalah ucaptama Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim iaitu ucapan sulung dalam majlis parti sejak menjawat jawatan Perdana Menteri.

“Sebelum ini, ucapan beliau dalam banyak siri kongres adalah sebagai Presiden atau Ketua Umum (sahaja) tetapi kali ini beliau menyampaikan ucaptama sebagai Presiden dan juga Perdana Menteri.

“Ucapan Presiden itu sudah tentu akan ada sedikit perbezaan, dulu ucapan mewakili suara pembangkang. Kali ini ucapannya sudah tentu penting kerana ia akan menggariskan apakah dasar parti, reformasi, tatakelola dan keadilan pengagihan kepada rakyat yang memang sinonim dengan perjuangan PKR.

“Kali ini ucapan itu berupa pelaksanaan, bukan lagi desakan, bukan lagi teguran atau kritikan kerana beliau sekarang sudah menjawat kedudukan nombor satu,” katanya dalam sidang media hari ini.

Baca artikel berkaitan: Tanpa Noh, Khairy : Peluang UMNO menang di PRN Selangor lebih cerah – PKR

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution memaklumkan, PKR sepatutnya mengadakan Kongres Tahunan yang pada kebiasaannya dilaksanakan pada pertengahan tahun.

Namun disebabkan Kongres Nasional Khas akan diadakan Sabtu ini, beliau yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, parti itu akan menangguhkan Kongres Tahunan sehingga akhir tahun ini.

“Dalam perlembagaan PKR, kita kena buat Kongres Tahunan pada pertengahan tahun selalunya, jadi menjelang pertengahan tahun ini wajib buat.

“Tetapi dalam perlembagaan juga menyatakan PKR boleh tangguhkan namun tak boleh melebihi 18 bulan.

“Jadi kita akan tangguhkan dan gantikan dengan kongres khas ini kerana kita akan menghadapi PRN di enam negeri,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram