Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir

MALAYSIA sedia menghulurkan bantuan teknikal kepada negara-negara Komanwel yang memerlukan, kata Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Zambry berkata demikian ketika menyertai Mesyuarat Kumpulan Tindakan Menteri Komanwel (CMAG) di Marlborough House, London.

“Saya telah menekankan bahawa adalah tidak wajar bagi pendekatan ’one size fits all’ digunakan dalam menggalakkan negara-negara menerima pakai prinsip demokrasi, kedaulatan undang-undang dan dalam mempromosikan dan melindungi hak asasi manusia.

“Malaysia juga bersedia menghulurkan bantuan teknikal kepada negara-negara Komanwel yang memerlukan,” kata Zambry menerusi kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Luar pada Khamis.

Mesyuarat itu turut membincangkan isu-isu berkepentingan bersama, situasi pelbagai negara-negara anggota Komanwel dan status permohonan kemasukan semula Zimbabwe sebagai anggota Komanwel.

Baca artikel lain: PM umum tambang MRT percuma laluan Putrajaya hingga 31 Mac

CMAG telah ditubuhkan pada 1995 selaku penjaga nilai-nilai asas politik Komanwel. Keahlian CMAG pada ketika ini terdiri daripada Barbados, Belize, Kanada, Ghana, Malaysia, Malta, Mauritus, Rwanda dan Samoa.

Malaysia telah dilantik sebagai ahli CMAG pada tahun 2018.

Zambry berada di Longon mengetuai delegasi Malaysia untuk menyertai tiga acara penting Komanwel di London, United Kingdom bermula Isnin (13 Mac) lalu hingga Rabu (15 Mac).

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram