JAWATANKUASA Kabinet telah dibentuk untuk merangka langkah komprehensif dan menyeluruh dalam menangani isu kesesakan lalu lintas, kata Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Beliau berkata jawatankuasa itu, yang akan dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Kementerian Pengangkutan selaku sekretariat utama, akan mengadakan mesyuarat pertama pada awal April.
“Jawatankuasa ini dibentuk kerana isu kesesakan lalu lintas mendapat perhatian serius dan pendekatan terancang akan digunakan dalam menangani isu itu,” katanya dalam sidang media selepas majlis pembukaan Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya yang dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.
Baca artikel lain: Lebih 700 kekosongan jawatan dalam APMM perlu diisi
Anwar melancarkan laluan itu di Depoh Serdang sebelum menaiki MRT menuju ke Putrajaya Sentral untuk merasai sendiri perjalanan yang mengambil masa kira-kira 20 minit.
Loke berkata Perdana Menteri telah menyuarakan komitmen supaya pengangkutan awam terus diberi perhatian dengan memperkukuh serta membangun sistem pengangkutan awam terutama di Klang Valley bagi menangani masalah kesesakan lalu lintas.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram