TIMBALAN Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersedia disiasat oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung dakwaan memfitnah Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ini susulan laporan polis yang dibuat oleh Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris terhadap beliau dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semalam.
“Saya belum berbincang dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana kami berdua telah dilaporkan dalam aduan (laporan) polis berkenaan.
“Ini adalah aduan politik, masalah politik harus diselesaikan dengan cara politik. Aduan polis berkenaan tidak akan menyelesaikan masalah. Mereka mahu mempertahan diri tetapi mereka tiada kemampuan, maka mereka buat laporan polis.
Baca artikel lain: Sindiket penipuan antarabangsa, lima bank kini dalam pemerhatian SPRM
“Jadi, saya sebagai seorang yang sangat telus, sedia untuk disiasat oleh pihak polis kerana kita yakin apa yang diadukan oleh mereka tidak ada asas. Asas yang ada di dalam minda mereka sahaja,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Semalam, Razali mendakwa, Anwar dan Ahmad Zahid cuba menjatuhkan kepemimpinan Perikatan Nasional (PN) dan Bersatu bagi melumpuhkan kekuatan mereka untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
Razali mendakwa, tindakan itu antara lain pembekuan akaun Bersatu yang kini disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyelewengan program Jana Wibawa.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram