Semua masjid dan surah di kawasan Wilayah Persekutuan perlu memastikan penceramah-penceramah mempunyai Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan GAMBAR HIASAN: Abd Razak Aid

SEMUA masjid dan surah di kawasan Wilayah Persekutuan perlu memastikan penceramah-penceramah mempunyai Tauliah Mengajar Agama Islam Wilayah Persekutuan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, masjid dan surau di kawasan itu juga hendaklah kekal sebagai zom aman serta bebas dari sebarang unsur politik kepartian.

Katanya, sebarang pelanggaran terhadap ketetapan tersebut boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan undang-undang yang sedang berkuat kuasa. 

“Institusi masjid dan surau seharusnya menjadi medan yang memberikan pencerahan kepada ummah, menyebarkan semangat muhibah dan perpaduan.

“Institusi ini hendaklah mengelakkan menjadi punca kepada kekeliruan, perbalahan dan persengketaan yang memecahbelahkan masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

Baca lagi: Arahan tulisan jawi di papan tanda tak langgar Perlembagaan Persekutuan

Mengulas lanjut, Mohd Ajib berkata, semua masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan adalah tertakluk di bawah Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505], Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Jawatankuasa Kariah) 2019, dan Pekeliling-pekeling semasa.

Jelas beliau, hal itu bagi memastikan institusi tersebut ditadbir secara efisien dan profesional khususnya melibatkan program pengimarahan dan pengajian agama.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram