UMNO diminta mempertimbangkan cadangan meletakkan lebih ramai pemimpin muda untuk diangkat sebagai anggota di dalam Majlis Kerja Tertinggi (MKT) pada pemilihan kali ini.
Bekas Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin berkata, parti keramat orang Melayu itu perlu berubah agar kekal relevan selain meningkatkan keyakinan rakyat terhadapnya.
“Saya minta 18 orang daripada 25 orang calon MKT UMNO dipilih bawah usia 55 tahun agar berlaku perubahan dalam parti dan bukan sekadar retorik.
“Setiap perwakilan yang bertanding di peringkat bahagian sama ada ketua atau timbalan ketua perlu sepakat memberi 70 peratus ruang kepada kepimpinan muda,” katanya seperti dilapor Sinar Harian, hari ini.
Baca artikel lain: Kerajaan tumpu perkasa sektor pendidikan, kesihatan – Anwar
Muqharabbin berkata, terdapat pemimpin lama masih bertanding di setiap jawatan walaupun sudah berlaku perubahan pucuk kepimpinan sehingga menimbulkan persepsi bahawa UMNO kurang relevan dengan mengekalkan wajah lama.
“Masih ada beberapa pemimpin yang pernah menjadi MKT semenjak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad masih ingin bertanding. Mana mungkin UMNO ingin dilihat relevan dan berubah.
“Saya minta beri undi dan ruang kepada calon baharu dan mampu membawa sinar perubahan buat parti,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berharap pemimpin muda diberikan peluang untuk bersama-sama memperkukuh parti agar kembali diyakini oleh rakyat.
“Tempat ini penting bagi saya untuk membawa idea, mengkritik, dikritik, memberi pandangan dan melaksanakan pelbagai perancangan dalam membawa UMNO kembali diyakini rakyat,” katanya lagi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram