
PENCERAMAH bebas terkenal, Ustaz Azhar Idrus dilaporkan telah dimasukkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Terengganu kerana mengalami masalah kesihatan.
Dalam hantaran di Facebook rasminya, Ustaz Azhar terpaksa menangguhkan kuliah maghrib yang sepatutnya diadakan di Masjid Kampung Bukit Tadok, Kuala Telemong, Terengganu, semalam.
“Ditangguhkan atas sebab kesihatan, doakan kesembuhan buat murabbi Ustaz Azhar Idrus,” kata hantaran itu.
Beberapa tokoh agama dan ahli politik turut mendoakan kesejahteraan dan kesembuhan buat Azhar.
Gambar tokoh agama Indonesia, Sheikh Muhammad Nuruddin Marbu yang kini mengadakan siri jelajah ke Terengganu menziarahi Azhar turut tular di media sosial.
Baca artikel berkaitan: Selepas UAI, ceramah Ustaz Wadi Annuar pula dibatalkan di Selangor
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Sukan, Belia dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Wan Sukairi Wan Abdullah memuatnaik hantaran serta gambarnya menziarahi Azhar.
Menurut Wan Sukairi, Azhar telah dipindahkan ke wad kelas pertama di hospital tersebut.
“Alhamdulillah, kesihatan murabbi ummah, Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus semakin bertambah baik setelah menjalani rawatan di hospital.
“Beliau telah dimasukkan ke hospital kelmarin kerana mengadu kurang sihat.
“Sewaktu ziarah Al-Fadhil ustaz tadi, sempat juga beliau bergurau senda bersama kami sambil menceritakan kisah sakit yang sedang dilaluinya kini,” katanya dalam hantaran di Facebook.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram