AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) UMNO dan Barisan Nasional (BN) kini merupakan sebahagian daripada kerajaan Selangor sehingga tamat tempoh penggal pentadbiran kerajaan negeri yang akan berakhir Jun ini, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.
Beliau berkata ia hasil perbincangan yang dimuktamadkan bersama Pengerusi BN Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Ahli-ahli dewan dari BN akan menjadi sebahagian daripada kerajaan Selangor sampailah kita tutup pentadbiran penggal ini yang berakhir pada bulan Jun dengan peruntukan dan dasar yang seadilnya,” katanya ketika menggulung perbahasan titah Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.
Bagaimanapun katanya dua ADUN dari Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan seorang ADUN Warisan setakat ini tidak memberikan kata putus sama ada ingin menyertai kerajaan negeri atau tidak.
BN mempunyai lima kerusi DUN di Selangor.
Sementara itu, Amirudin memaklumkan Selangor mencatatkan hasil RM893.11 juta setakat Rabu lepas, hampir separuh daripada sasaran RM2.05 bilion yang ditetapkan untuk tahun ini.
Beliau berkata perolehan antara Januari hingga Mac itu meningkat lebih RM265.11 juta berbanding hasil tahun lalu.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram