SEORANG Ahli Parlimen mengusulkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana didakwa cuba mengelirukan Dewan Rakyat.
Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) berkata, usul itu dikemukan kepada Pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, semalam susulan kenyataan Anwar mengenai ketirisan diesel bersubsidi.
Jelasnya, semasa pembentangan Belanjawan 2023, Anwar mengatakan wujud ketirisan subsidi diesel sebanyak RM10 bilion setahun akibat diselewengkan.
Rosol kemudian memetik data Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi tempoh 2018 sehingga 2022 berkata, nilai rampasan subsidi hanya RM18.7 juta, sekali gus menunjukkan kenyataan dibuat Perdana Menteri didakwa mengelirukan selain disifatkan sebagai menghina Dewan Rakyat.
Baca artikel lain: Pendakwaan salah: Sundra Rajoo tidak teruskan saman terhadap Tommy Thomas dan 12 lagi
“Saya ingin merujuk Ahli Parlimen Tambun kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen seperti yang diperuntuk dalam Perkara 36(12) Peraturan Mesyuarat Majlis Dewan Rakyat.
“Kedua, jawapan Menteri KPDN (Datuk Seri Salahuddin Ayub) bahawa sekarang baharu nak tubuhkan ‘task force’ (pasukan petugas khas) untuk menilai RM10 bilion itu.
“Ketiga, jawapan menteri pada keesokannya, beliau baru nak kumpul data. Ini menunjukkan ada berlaku percanggahan data yang didedahkan oleh (Ahli Parlimen) Tambun dan apa yang diterangkan oleh menteri,” katanya seperti dilapor Berita Harian.
Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat hari ini.
Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ramli Mohd Nor yang mempengerusikan sidang Dewan Rakyat ketika itu berkata, sebarang keputusan dibuat sama ada olehnya dan seorang lagi Timbalan Speaker, Alice Lau perlu selaras dengan keputusan Speaker, Datuk Seri Johari Abdul.
Sehubungan itu, Ramli menasihatkan Rosol membangkitkan perkara itu ketika Johari mempengerusikan persidangan tersebut nanti.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram