Pasukan bomba mengambil masa hampir 30 minit untuk menyelamatkan seorang pencari madu lebah yang terjatuh dari sepohon pokok tualang sebelum terjunam ke dalam sebuah cerun di Bukit Jejulong dekat Kampung Jejulong, di Marang malam tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Wakaf Tapai Roslan Yusuf berkata mangsa Azmi Ibrahim, 29, yang sedang mencari madu lebah terjatuh dari pokok tualang setinggi 28 meter sebelum terjunam ke dalam cerun sedalam 15 meter.

“Pihak bomba menerima panggilan pada 9.20 malam dan sebanyak tujuh anggota bergegas ke lokasi. Bomba berjaya sampai ke lokasi mangsa terjatuh kira-kira 11 malam kerana mengalami kesukaran untuk mencari mangsa berikutan keadaan gelap, berbukit serta bercerun. Mujurlah kami dibantu kira-kira 20 penduduk kampung yang turut sama mencari mangsa.

“Selepas hampir 30 minit mangsa berjaya dikeluarkan menggunakan tali dan alat pengusung kerana mangsa yang patah kedua-dua kakinya tidak dapat bergerak. Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk mendapatkan rawatan,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Baca : Dua beradik terkunci dalam Perodua Aruz

Roslan berkata sebelum kejadian, mangsa bersama rakan Mohd Zaki Husin, 46, masuk ke dalam hutan di Bukit Jejulong selepas waktu asar untuk mencari madu lebah sebelum dia tergelincir di atas pokok lalu terjatuh ke dalam cerun.

Katanya, Mohd Zaki cuba membantu untuk mengeluarkan mangsa, namun tidak berjaya dan dia keluar dari hutan itu untuk mendapatkan pertolongan.

— BERNAMA

Friday , 17 March 2023

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram