Datuk Seri Mohamad Sabu

MENTERI Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu mengetuai delegasi kementerian itu ke Indonesia bagi lawatan kerja selama tiga hari bermula hari ini hingga 20 Mac.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan lawatan berkenaan bertujuan meneroka teknologi dan pendekatan baharu yang diguna pakai negara jiran itu dalam meningkatkan pengeluaran hasil padi.

“Ini selaras dengan Dasar Agromakanan Negara (DAN) 2.0 KPKM untuk meningkatkan hasil pengeluaran padi dan beras negara sebagai makanan ruji rakyat Malaysia,” menurut kenyataan itu.

Baca artikel berkaitan: Kadar kebolehpasaran graduan institut pertanian hampir 70 peratus

Semasa lawatan itu, Mohamad akan mengadakan kunjungan hormat ke atas Wakil Menteri Pertanian Indonesia, Harvick Hasnul Qolbi pada 20 Mac bagi mengukuhkan kerjasama dalam sektor pertanian termasuk ekonomi, pelaburan dan teknikal.

Beliau juga dijadual mengadakan lawatan ke Pusat Penelitian Pengembangan dan Penerapan Bioteknologi di Serang, Banten bagi melihat dengan lebih dekat kejayaan industri padi Indonesia.

Lawatan kerja itu turut disertai Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) KPKM, Datuk Badrul Hisham Mohd dan pegawai kanan kementerian.

— BERNAMA

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram