Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail GAMBAR: Media UMNO

PEMILIHAN UMNO yang bakal sampai ke kemuncaknya, esok disifatkan masa terbaik bagi memperkukuhkan parti itu.

Calon Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, parti itu telah sekian lama berjasa membawa agenda memperkasa Melayu Islam dan kesejahteraan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Menurut beliau, pelbagai celaan mahu pun kejian musuh-musuh politik yang mahu melihat UMNO tenggelam di pentas politik.

“Bahang pemilihan kini hampir sampai ke kemuncaknya.

“Di tangan perwakilan UMNO terletak tanggungjawab bagi memilih barisan kepimpinan yang akan sama-sama berganding bahu meneruskan perjuangan parti UMNO.

“Yakin dan percayalah bahawa akan ada pejuang yang setia membawa obor menerangi jalan perjuangan yang masih panjang dan berliku,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Baca artikel berkaitan: PRN: Calon BN diteliti selepas berakhir pemilihan UMNO

Justeru, Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang berharap penawaran diri beliau sebagai calon Naib Presiden UMNO disambut baik perwakilan.

Beliau akan bersaing dengan enam lagi calon lain untuk mengisi tiga jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan bagi penggal 2023-2026.

Calon-calon lain ialah Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Datuk Seri Mahdzir Khalid, Datuk Hasni Mohamad, Datuk Seri Azalina Othman Said, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Pemilihan UMNO bagi jawatan Naib Presiden; Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dan Ketua Bahagian akan diadakan esok.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram