Leftenan Kolonel Kitikarn Sangbun, 51, cedera akibat terkena das tembakan dan disahkan maut ketika menerima rawatan. GAMBAR: Khaosod

SEORANG pegawai polis cawangan khas meninggal dunia ketika menerima rawatan selepas cedera ditembak skuad komando di Sat Mai, utara Bangkok kelmarin.

Memetik laporan Khaosod, suspek yang dikenali sebagai Leftenan Kolonel Kitikarn Sangbun, 51, sebelum itu dilapor mengamuk hampir 24 jam dengan melepaskan beberapa das tembakan di kawasan tempat tinggalnya.

Dia disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Bhumibol Adulyadej.

Leftenan Kolonel Kitikarn Sangbun, 51, mempunyai rekod sejarah sakit mental.

Difahamkan, kejadian bermula pada pagi Selasa selepas suspek melepaskan tembakan ke arah rakan sekerja yang cuba membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan sakit mental yang dihidapi.

Rakan sekerja telah datang ke rumah suspek bersama ambulans selepas beberapa hari Kitikarn tidak melaporkan diri di balai polis.

Malah, Kitikarn juga bertindak menghalau rakannya sebelum mengurung diri di dalam rumah.

Bukan itu sahaja, Kitikarn juga melepaskan beberapa das tembakan sepanjang proses rundingan bersama anggota polis.

Baca : Dua anggota polis cedera parah dilibas parang

Timbalan Pesuruhjaya Polis, Komisioner Torsak Sukvimol berkata , pihaknya tidak menggunakan kekerasan memandangkan suspek tidak mengambil sebarang tebusan atau mensasarkan pada mana-mana individu.

Bukan itu sahaja, pelbagai taktik telah diguna bagi menundukkan suspek seperti memanggill keluarga terdekat sebagai perunding, memainkan lagu kegemaran pada pembesar suara dan melepaskan gas pemedih mata ke dalam rumah suspek.

Bagaimanapun, usaha tersebut hanya menemui jalan buntu.

Pasukan komando polis kemudian bertindak menyerbu masuk ke rumah suspek secara mengejut dan menahannya selepas situasi tegang tersebut berlarutan hampir 24 jam.

Sementara itu, Ketua Polis Jeneral Damrongsak Kittiprapas berkata, saringan ujian darah mendapati suspek positif ganja.

Ganja kering yang disimpan dalam balang dan dua pokok ganja ditemui di belakang rumah suspek.

“Pakar perubatan akan memutuskan sama ada pengambilan ganja memainkan peranan penting dalam masalah mental yang dialami oleh suspek.

“Pegawai Penyiasat turut menemui ganja kering yang disimpan di dalam balang dan dua pokok ganja di belakang rumah,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram