SEORANG penganggur ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kejadian ragut di Jalan Lorong Mas Ria 3, Taman Melati, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada pukul 8.36 pagi.

Beliau berkata, suspek berusia 31 tahun ditahan di Blok C9, Flat Taman Melati pada pukul 10.45 pagi.

“Turut dirampas sebuah beg silang, 11 telefon pelbagai jenama, iPad, pengecas telefon, topi keledar, motosikal dan serangkai kunci motosikal.

“Polis juga merampas tiga plastik lutsinar disyaki syabu, sebuah beg penghantaran makanan, dua dompet pelbagai dokumen dan 21 keping wang kertas negara asing,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelasnya, suspek juga mengaku terlibat dalam sembilan kes ragut di kawasan Setapak dan Wangsa Maju.

Baca : Peragut terjatuh dicekup penduduk, seorang lagi kini diburu polis

“Suspek kini direman selama enam hari sehingga Rabu dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram