
KERAJAAN bersetuju memberi peruntukan tambahan berjumlah RM150 juta bagi usaha pemulihan pasca bencana banjir terutama di negeri Johor.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, peruntukan tambahan yang diluluskan Kementerian Kewangan itu akan disegerakan bagi membantu proses pemulihan pasca banjir.
Menurut beliau, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mempengerusikan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara juga telah turun dan mengenal pasti beberapa projek pasca banjir bersama Menteri Besar serta Kerajaan Negeri Johor.
Pada masa sama, Perdana Menteri memaklumkan, Kabinet memutuskan supaya semua jentera kementerian melibatkan diri dalam program pasca banjir seberapa segera.
“Soal banjir kita dapati keseluruhan mangsa terlibat yang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) mencecah 82,831 orang.
“Seramai 26,879 mangsa masih berada di 102 PPS di Johor.
Baca artikel berkaitan: Mangsa banjir di Johor berkurangan kepada 26,381 orang pagi ini
“Setakat ini, 16,167 ketua isi rumah telah pun menerima RM1,000 bantuan wang ihsan daripada kerajaan,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat Kabinet, hari ini.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri turut menyeru semua pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak universiti dan sukarelawan daripada pelbagai jabatan untuk turun membantu program pasca banjir.
Jelas beliau, beban yang dipikul mangsa akibat bencana banjir sangat besar.
“Saya juga telah hubungi Menteri Besar Selangor (Datuk Seri Amirudin Shari) untuk memberikan bantuan segera.
“Pasca banjir ini memerlukan sukarelawan yang sangat ramai dan kerajaan juga akan menambah kemudahan asas lain yang diperlukan mereka,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram