PEMAIN perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meneruskan misi kecemerlangannya di Kejohanan All England apabila menewaskan pemain dari Jepun, Kodai Naroaka dalam perlawanan suku akhir, sebentar tadi.
Kemenangan Zii Jia itu ibarat melunaskan dendamnya ke atas Naraoka yang pernah menewaskannya di pusingan pertama Terbuka Malaysia, Januari lalu
Kemenangan 21-9, 10-21, 21-13 dalam perlawanan di Utilita Arena Birmingham itu memboleh pemain nombor satu negara itu mara ke perlawanan peringkat separuh akhir All England.
Pemain nombor empat dunia itu akan membuat perhitungan dengan juara 2018 dari China, Shi Yuqi bagi perebutan tiket ke pentas final, esok.
Zii Jia dikritik hebat sebelum ini ini selepas terkandas di pusingan awal dalam tiga kejohanan disertainya Januari lalu – Terbuka Malaysia, Terbuka India, Masters Indonesia selain Terbuka Jerman, minggu lalu.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram