hadis tentang janggut
Sekadar gambar hiasan

Hadis 1

Aisyah r.a. meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Sepuluh perkara adalah fitrah yang mana mengerat misai dan menumbuhkan janggut itu disebutkan.” (HR Abu Daud).

Hadis 2

Dari Abu Hurairah, Rasulullah bersabda, “Di antara fitrah Islam ialah mengerat misai dan memanjangkan janggut kerana sesungguhnya orang-orang Majusi memanjangkan misai mereka dan mengerat janggut, berbezalah kamu daripada mereka dengan mengerat misai kamu dan memanjangkan janggut-janggut kamu.” (HR Ibnu Hibban).

Hadis 3

Di dalam sebuah hadis yang di petik dari “Musannaf Ibn Abi Sayyiban” di beritakan seorang Majusi yang telah mencukur janggutnya dan mempunyai misai yang panjang. Tatkala melihatkan ini Rasulullah s.a.w. bersabda, “Di dalam agama kami, kami diperintahkan mengerat misai dan memanjangkan janggut.”

Hadis 4

Zaid Ibni Habib r.a. meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. tidak tertahan lagi melihat dua orang utusan yang datang daripada istana Maharaja Kisra kerana mereka telah mencukur janggut-janggut mereka. Baginda memberitahu kepada mereka,”Binasalah ! Siapakah yang menyuruh kamu supaya menjadikan wajah mu seperti ini?”  Mereka menjawab, “Tuan kami, Maharaja Kisra memerintahkan kami!” Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tetapi daku telah diperintahkan oleh Tuhan ku Allah supaya memanjangkan janggut dan mengerat misai.”

Hadis 5

Sabda Rasulullah s.a.w. “Berbezalah kamu dengan orang-orang musyrik, peliharalah janggut dan cukurlah misai.” (HR Bukhari)

Hadis 6

“Sepuluh perkara fitrah, iaitu memotong (merapikan) misai, memelihara janggut, bersugi,memasukkan air ke hidung, memotong kuku, membasuh ruas jari, mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, beristinjak.” Kata Mus’ab, Aku lupa yang kesepuluh, melainkan ia adalah berkumur-kumur.” (HR Muslim)

Hadis 7

Abdullah bin Umar berkata, bersabda Rasulullah s.a.w.,  “Janganlah kamu menyerupai orang-orang Musyrikin, peliharalah janggut kamu dan tipiskanlah misai (kumis) kamu.” (HR Bukhari dan Muslim serta al-Baihaqi).

Hadis 8

Dari Abi Imamah, Rasulullah s.a.w. bersabda, “Potonglah misai kamu dan peliharalah janggut kamu, tinggalkan ia. Jangan sesekali meniru Ahl al-Kitab.” (Hadis sahih riwayat Ahmad dan at-Tabrani).

Hadis 9

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Janganlah kamu meniru (menyerupai) orang-orang Majusi (penyembah berhala) kerana mereka itu memotong (mencukur) janggut mereka dan memanjangkan (memelihara) misai mereka.” (HR Muslim)

Hadis 10

Dari Abi Hurairah r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda, “Bahawasanya ahli syirik memelihara misainya dan memotong janggutnya, maka janganlah meniru mereka, peliharalah janggut kamu dan potonglah misai kamu” (HR al- Bazzar)

_______________________________________________

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’