Pengarah Kawasaki Shah Alam, Datuk Chear Kim Keong (tiga dari kiri) bersama Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan (dua dari kanan) tertarik melihat salah sebuah motosikal berkuasa tinggi yang dipamerkan selepas hadir merasmikan Kawasaki Shah Alam, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

HARI ini secara rasmi Kawasaki Shah Alam dibuka dan beroperasi dalam menyediakan perkhidmatan serta produk permotoran terbaik kepada pelanggan di Lembah Klang termasuk di seluruh negara.

Apa yang menarik, Kawasaki Shah Alam diletakkan dalam kategori All Star iaitu pusat yang menjual kesemua jenis motorsikal jenama tersebut daripada 250 cc sehinggalah kepada berkuasa tinggi.

Pengarah Kawasaki Shah Alam, Datuk Chear Kim Keong (tengah) ketika hadir merasmikan Kawasaki Shah Alam, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Terletak di tanah seluas 14,000 kaki persegi, ia terlibat dalam empat aspek perniagaan daripada jualan motorsikal, alat ganti, perkhidmatan dan bilik pameran.

Pengarahnya, Datuk Chear Kim Keong berkata, Kawasaki Shah Alam merupakan yang pertama seumpamanya di negara ini, di mana pihaknya turut menyediakan perkhidmatan urusan pinjaman perbankan bagi memudahkan pelanggan.

Pengarah Kawasaki Shah Alam, Datuk Chear Kim Keong. GAMBAR: Abd Razak Aid

Oleh itu, beliau berjanji menyediakan perkhidmatan terbaik selain bercadang memasukkan segmen motorsikal lasak pada masa hadapan.

“Semua bank memberi sokongan (pinjaman) kepada Kawasaki kerana mereka begitu yakin kepada produk ini, dan kami juga memberi sokongan (kepada pelanggan),” katanya.

Salah sebuah motosikal Kawasaki Z900 RS menjadi daya tarikan orang ramai pada Majlis perasmian Kawasaki Shah Alam, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Baca artikel lain: Permohonan, kelulusan kuota pekerja asing ditangguhkan bermula hari ini

Beliau berkata demikian dalam sidang media pada Grand Opening Kawasaki Shah Alam, hari ini.

Yang turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Roslan Roskan dan Ketua Pegawai Pemasaran Modenas, Yusaku Kashiwagi.

Sebahagian daripada orang ramai memenuhi ruang pameran motosikal pada Majlis perasmian Kawasaki Shah Alam, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Sementara itu, Roslan yakin, jalinan kerjasama di antara Modenas dan Kawasaki bakal mencapai hasil positif susulan daripada sambutan hangat yang diterima dalam kalangan peminat permotoran ketika ini.

Jelasnya, perkara itu dibuktikan menerusi jualan lebih 1,000 unit motorsikal hasil kolaborasi dua jenama ini dalam tempoh masa enam bulan sejak Julai 2022 melibatkan tiga model keluaran.

Sebahagian daripada orang ramai memenuhi ruang pameran motosikal pada Majlis perasmian Kawasaki Shah Alam, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

“Kita pun mula-mula ada kerisauan sama ada masyarakat dapat terima (kehadiran) Modenas…jenama Modenas dapat sokongan positif, kalau tidak susahlah nak dapat jualan 1,000 unit.

“Sebagai rakan peniagaan dan juga rakan teknikal, kita berkolaborasi berdasarkan motorsikal untuk pasaran Malaysia,” katanya.

Sebahagian daripada orang ramai memenuhi ruang pameran motosikal pada Majlis perasmian Kawasaki Shah Alam, hari ini. GAMBAR: Abd Razak Aid

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram