PEMILIH UMNO 2023-2026 menyaksikan dua muka baharu berjaya meraih jawatan Naib Presiden.
Mereka adalah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani dan Pengerusi Perhubungan UMNO Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
Setakat jam 4 pagi tadi, kedua-dua pemimpin itu sudah melepasi garisan undi kemenangan berdasarkan keputusan diperoleh dari 159 bahagian.
Seorang lagi adalah penyandang jawatan itu yang juga Pengerusi Perhubungan UMNO Johor yang juga Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, turut mengesahkan kemenangannya.
Wan Rosdy yang juga Menteri Besar Pahang memperoleh 111 undi daripada 189 bahagian yang bersidang semalam, diikuti Khaled dengan 100 undi dan 93 undi dimiliki Johari.
Baca lagi: Ahmad Zahid puas hati proses pemilihan UMNO
Kali ini, Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa, berjaya mengisi tiga tempat bagi jawatan Naib Presiden UMNO, selepas cubaan pertamanya pada Pemilihan UMNO 2018 tidak berjaya.
Bagi saingan jawatan sama, penyandang Naib Presiden UMNO yang juga Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid gagal menyaingi tiga kedudukan teratas itu selepas sekadar memperoleh 30 undi di kedudukan ketujuh.
Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said yang berada di kedudukan keempat pula dilihat mustahil untuk memintas kedudukan tiga teratas, apatah lagi jumlah bahagian belum mengemukakan keputusannya, hanya berbaki 30 bahagian saja.
Ia selepas Azalina hanya memperoleh 61 undi, diikuti Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Reezal Naina Merican (43 undi) dan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Ir Hasni Mohamad, yang memperoleh 39 undi.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram