
MONOPOLI Touch ‘n Go dalam sistem pembayaran di seluruh negara mungkin akan dipertimbangkan semula kerana dilihat tidak mempunyai kemajuan.
Bayangan itu diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menjawab pertanyaan belia dalam program ‘Temu Anwar’, hari ini.
Menurut Perdana Menteri, perkhidmatan Touch ‘n Go sudah berada dalam negara sejak lebih dua dekad lalu.
Namun begitu, beliau berkata, perkhidmatan itu seolah-olah tidak berkembang dan tidak meyakinkan.
“Saya rasa anda betul. Kita akan pertimbangkannya semula,” katanya.
Lebih 8,000 belia menyertai program dialog yang diadakan sempena Youth Empowerment Fair 2023 (YEF 2023) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu.
Pelakon dan hos, Amelia Henderson diberi tanggungjawab sebagai moderator dalam dialog tersebut.
Baca artikel berkaitan: Jadi aktivis mahasiswa tapi jangan jadi macai, walaun – PM
Sementara itu, Perdana Menteri ketika ditanya mengenai aspirasi tentang pengangkutan awam di Malaysia, beliau bersetuju bahawa pembangunan pengangkutan awam agak dipinggirkan sama seperti sekolah dan kesihatan.
Beliau berkata, konsep pembangunan negara ini dilihat lebih berat sebelah kepada golongan kaya tanpa memikirkan kepentingan masyarakat kebanyakan.
Perdana Menteri memaklumkan, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook akan membentangkan pelan berhubung pengangkutan awam dalam masa terdekat.
“Kita mempunyai seorang Menteri Pengangkutan yang dinamik tetapi saya bersetuju dengan anda.
“Saya tidak akan terangkan apa-apa cadangan secara spesifik, kita baru sahaja melancarkan transit aliran massa (MRT) Laluan Putrajaya.
“Namun, saya akan sampaikan perkara ini kepada Anthony supaya beliau mempercepatkan pelan tersebut. Buat masa ini, apa sahaja yang perlu dilakukan dengan pantas seperti perkhidmatan bas dan sebagainya, kita akan laksanakan,” katanya.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram