

PENDAPATAN Bulanan Isi Rumah: 2019 (DOSM)
Sebuah isi rumah: 4 orang
MALAYSIA:
Purata: RM7,901
T20: RM10,960 ke atas
Penengah: RM5,873
Rentan: RM5,520 ke bawah
B40: RM4,850 ke bawah
Miskin: RM2,208 ke bawah
Miskin Tegar: RM1,169 ke bawah.
Pendapatan Selesa: 2019 (KWSP: Belanjawanku)
Lembah Klang: RM6,620
Di atas adalah cerapan rasmi yang dibuat pada tahun 2019. Belum ada data rasmi terkini dikeluarkan selepas pandemik Covid-19. Mungkin sedikit masa lagi.
Berdasarkan cerapan 2019 ini, pendapatan isi rumah anda perlu lebih tinggi daripada pendapatan isi rumah penengah negara (RM5,873) untuk hidup selesa di Lembah Klang. Isi rumah anda perlu berada di M40-Atas (Upper M40) untuk hidup selesa di Lembah Klang.
Pada tahun 2019, pendapatan penengah di sembilan buah negeri berada di bawah pendapatan penengah negara.
Apa ukuran pendapatan isi rumah di lokasi (atau daerah) anda menetap? Apakah tahap Pendapatan Selesa di lokasi anda? Anda tahu? Pegawai Daerah tahu? Wakil Rakyat tahu? Guru tahu? Menteri Besar (MB) tahu? Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) tahu? Unit Perancang Ekonomi (UPE) tahu? Menteri Ekonomi tahu? Siapa yang tahu? War-warkan maklumat pendapatan berdasarkan lokasi/daerah dengan meluas.

Baca artikel berkaitan: Menjawab Rafizi: Membendung Kenaikan Harga dengan Penurunan Permintaan?
Kalau kita tidak tahu, bagaimana kita boleh merancang usaha untuk meningkatkan pendapatan yang meningkatkan keselesaan dan kualiti hidup rakyat? Bagaimana kita tahu initiatif yang kita laksanakan memberi kesan kepada kualiti kehidupan setempat?
Maklumat pendapatan lokasi/daerah perlu diwar-warkan, dijadikan sasaran dan sandaran untuk mengukur manfaat program pembangunan. Semua mesti tahu.
Sasaran mesti bersifat khusus lokasi. Sasaran makro untuk negara masih perlu tetapi tidak membawa banyak makna dalam konteks kehidupan rakyat. Kalau Pelaburan Asing (FDI) meningkat, anda belum tentu mendapat manfaat. Kita tahu pelaburan setempat? Di daerah kita tinggal? Berapa banyak pekerjaan baharu dicipta di daerah kita?
Menggerakkan Malaysia Madani
Kesejahteraan dan Ihsan, dua daripada enam teras Malaysia Madani menuntut pembangunan yang ‘dirasai’ manfaatnya. Perancangan pembangunan Malaysia Madani menuntut perancangan dan gerak kerja pembangunan ekonomi yang baharu dan berbeza. Mengekalkan cara lama tidak akan membuahkan hasil yang berbeza. Malaysia perlu cara baharu. Ayuh berubah.
MINDA-UKM: Sedia bersama
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram