Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail GAMBAR: Media UMNO

DATUK Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang mengungguli jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti itu bertekad membina semula kekuatan UMNO.

Menteri Besar Pahang itu berkata, berbekal pengalaman mentadbir kerajaan dan parti, beliau mahu UMNO kembali bangkit dan kekal relevan mengembalikan sokongan rakyat kepada parti berkenaan.

Menurut Wan Rosdy, kekalahan dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu menuntut semua ahli UMNO untuk merapatkan semula saf perjuangan dan memperkukuh persaudaraan.

“Berikan kesetiaan yang tidak berbelah bahagi kepada parti agar UMNO mampu bangkit menjadi sebuah parti yang kuat.

“Oleh itu, saya berharap agar seluruh ahli UMNO terus istiqamah menggembleng tenaga dan bekerjasama bagi memastikan perjuangan parti dapat diteruskan demi agama, bangsa dan tanah air,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: Wan Rosdy, Khaled, Johari sah Naib Presiden UMNO, empat bahagian tak terlibat pemilihan

Sebagai rekod, Wan Rosdy berada di kedudukan teratas daripada tiga kerusi Naib Presiden UMNO dengan 127 undi diikuti Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang memperoleh 116 undi serta Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani yang mendapat 110 undi.

Mengulas mengenai pencapaiannya itu, Wan Rosdy yang juga Ketua UMNO Bahagian Cameron Highlands mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan yang memberikan sokongan dan kepercayaan.

Beliau turut menyifatkan kejayaannya itu tidak dapat dicapai tanpa bantuan semua pihak terutama jentera kempen yang berhempas pulas sepanjang tempoh dua minggu ini.

“Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan takdirnya saya dipilih sebagai Naib Presiden UMNO Sesi 2023-2026 pada Persidangan UMNO Bahagian-Bahagian yang berlangsung serentak seluruh negara semalam.

“Tanpa bantuan ini tidak mungkin saya berupaya mencapai kemenangan yang penuh bermakna ini,” jelas beliau.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram