Naib Canselor UniSZA, Prof Dr Fadzli Adam (tiga dari kiri) bersama Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani pada majlis penyerahan SIR Corner di UniSZA, hari ini.

YAYASAN Bank Rakyat (YBR) menyediakan ruang khas perpustakaan digital (E-Library) untuk pelajar sekitar Terengganu mendapatkan akses maklumat dan bahan-bahan secara digital.

YBR dalam kenyataan hari ini, yayasan tersebut bersetuju menyediakan Serambi Ilmu Rakyat (SIR) Corner di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Nilam, hari ini.

Menurut YBR, SIR Corner itu disediakan bertujuan menggalakkan pembacaan dalam platform digital serta membudayakan amalan membaca dalam kalangan rakyat terutama belia di negeri tersebut.

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani berbesar hati hadir dan menyempurnakan majlis perasmian E-Library UniSZA dan SMK Seri Nilam.

Dalam ucapannya, Syaiful Rizal memaklumkan, inisiatif ini adalah langkah pertama yang dilaksanakan di sekolah dengan SMK Seri Nilam merupakan sekolah pertama yang mempunyai perpustakaan digital di Malaysia.

“SIR Corner merupakan projek baharu tahun 2022 yang bertujuan menyediakan satu ruang yang dilengkapi dengan set komputer, meja dan 50 keahlian E-Library bagi memudahkan perkongsian maklumat melalui koleksi bahan-bahan bacaan digital yang bersesuaian dengan komuniti setempat.

“YBR juga berharap pelajar-pelajar dapat menggunakan peluang ini sebagai salah satu platform mencari bahan-bahan digital dan informasi terkini dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Baca artikel berkaitan: 171 keluarga mangsa banjir Johor terima bantuan RM44,200 YBR

Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani bersama Pengetua SMK Seri Nilam, Marzuki Musa pada majlis perasmian SIR Corner di SMK Seri Nilam.

Upacara gimik penyerahan SIR Corner telah diserahkan kepada Naib Canselor UniSZA, Prof. Dr Fadzli Adam.

Sementara itu dalam majlis berasingan, majlis perasmian SIR Corner di SMK Seri Nilam turut diadakan disertai guru dan pelajar-pelajar sekolah tersebut.

Upacara gimik penyerahan ‘SIR Corner’ ini telah diserahkan kepada Pengetua SMK Seri Nilam, Marzuki Musa.

Syaiful Rizal berkata, selain misi membantu mereka yang kurang bermampuan terutama masyarakat luar bandar, pedalaman dan miskin bandar, SIR Corner ini turut memberi peluang kepada pelajar sekolah untuk menjadikan perpustakaan sebagai sebuah hab pendidikan tanpa sempadan selain ruang untuk mendapatkan bahan bacaan secara fizikal.

Justeru, YBR telah memperuntukkan sebanyak RM350,000 setiap tahun untuk langganan dan pangkalan data bahan-bahan digital SIR dari pihak pembekal.

Usaha ini bertujuan menggalakkan tabiat membaca buat pelajar-pelajar dan masyarakat tanpa sempadan masa dan lokasi.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram