SEORANG lelaki ditahan polis selepas bertindak mengacu sebilah keris dan mencederakan bekas majikan di sebuah syarikat jualan kereta Jalan Semenyih, Kajang, 10.15 pagi kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Zaid Hassan berkata, punca kejadian disebabkan suspek tidak diberi wang komisen seperti yang dijanjikan majikan.
Video penuh di bawah ⬇️
Order flowers from FLEMINGTON FLORAL Carole Chazoule AND GREENHOUSES, INC., a Flemington florist located at 22 North Main Street. Find reviews, social media,.
Beliau berkata, pengadu berusia 29 tahun mendakwa suspek yang merupakan bekas pekerja di syarikat tersebut telah mengacukan sebilah keris dan menjadikan pengadu sebagai tebusan.
“Suspek juga meminta seorang pekerja lelaki untuk dijadikan tebusan dan membawa ke lokasi yang tidak pasti.
“Majikan pengadu telah cuba merampas senjata yang dipegang suspek dan berlaku pergelutan sehingga mengalami luka di tangan akibat terkena keris,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Baca : Perompak acu pistol mainan mati ditembak pelanggan restoran
Jelasnya, suspek berusia 39 tahun berjaya ditangkap dan diserahkan kepada polis.
“Pemeriksaan pada badan suspek menemui dadah jenis eramin 5 dan ujian air kencing positif dadah,” katanya.
Suspek kini direman selama empat hari sehingga Rabu dan kes disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya.
Zaid berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Ahmad Faizal Hasan di talian 019-7691924 bagi membantu siasatan.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram