SEMPENA sambutan Hari Polis Ke-216, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan kompaun saman trafik sehingga 60 peratus. GAMBAR: Abd Razak Aid

SEMPENA sambutan Hari Polis Ke-216, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menawarkan pengurangan kompaun saman trafik sehingga 60 peratus.

PDRM dalam hantaran di Facebook memaklumkan, diskaun bagi saman trafik itu bermula hari ini sehingga 31 Mac depan.

Menurut hantaran itu, pengurangan kompaun itu tertakluk kepada saman terpilih melalui aplikasi MyBayar Saman dan secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik.

“PDRM melalui Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan memberikan tawaran pengurangan kompaun saman trafik secara dalam talian sehingga 60 peratus.

“Ia tertakluk kepada saman terpilih melalui aplikasi MyBayar Saman dan secara fizikal di semua kaunter bayaran trafik di ibu pejabat polis kontinjen (IPK) dan daerah (IPD) seluruh negara bermula 20 hingga 31 Mac ini,” katanya dalam hantaran itu.

Baca artikel berkaitan: Agong zahir ucapan selamat Hari Polis Ke-216, hargai pengorbanan warga PDRM

PDRM memaklumkan, orang ramai boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman menerusi portal https://mybayar.rmp.gov.my; Google playstore; Apple store dan Huawei Appstore.

Katanya, pengurangan kompaun tidak ditawarkan bagi kesalahan kemalangan; kesalahan bicara mahkamah; saman berstatus waran; kesalahan berkaitan kenderaan berat (lori); memotong secara berbahaya dan menggunakan lorong kecemasan.

Selain itu, diskaun ini juga tidak ditawarkan bagi kesalahan tidak boleh kompaun; tidak patuhi isyarat lampu merah; memotong di garisan berkembar; kesalahan pengubahsuaian ekzos dan saman berstatus OP Selamat.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram