PEMANDU Perodua Myvi dan Proton Wira yang terbabit dalam kemalangan maut dekat Jalan Raja Laut awal pagi semalam kini ditahan reman.
Dalam kejadian pukul 3 pagi itu, dua pejalan kaki disahkan maut manakala dua lagi parah.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Noor Dellhan Yahaya berkata, kemalangan membabitkan empat buah kenderaan itu dipercayai berlaku apabila pemandu Myvi melanggar Wira yang mengubah haluan.
Beliau berkata, pemandu Myvi yang hilang kawalan kemudian melanggar empat orang pejalan kaki.
“Seorang mangsa berusia 22 tahun mengalami kecederaan parah dan disahkan maut di lokasi kejadian.
Baca : Warga emas maut langgar tiang lampu
“Sementara seorang lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di Zon Kecemasan Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, dua lagi mangsa yang mengalami kecederaan parah masih dirawat di hospital.
Katanya, pemandu Wira berusia 22 tahun dan Myvi berusia 20 tahun tidak mengalami kecederaan dan direman selama empat hari bagi membantu siasatan.
Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu sehingga menyebabkan kematian.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram