Murid perempuan tahan sakit 20 minit selepas kaki tersepit penutup longkang

Dari Penulis

SEORANG murid perempuan terpaksa menanggung kesakitan selama 20 minit selepas kaki kanan tersepit besi penutup longkang di sebuah sekolah dekat Seksyen 7, Shah Alam, pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian pada pukul 9.08 pagi.

Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Bomba tiba sembilan minit kemudian dan mendapati seorang murid berusia 16 tahun telah tersepit di dalam longkang sedalam satu meter,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca : Murid OKU tahan sakit 30 minit kaki tersepit penutup longkang

Jelasnya, bomba berjaya mengeluarkan mangsa dengan menggunakan peralatan khas dalam tempoh satu minit.

Morni berkata, mangsa, Ainin Dania Bakri, 16, tidak mengalami sebarang kecederaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This