ABANG kepada penyanyi Stacy Anam iaitu Chaq, 35, meninggal dunia di Hospital Sibu, Sarawak pada pukul 3.20 pagi, hari ini, selepas 10 hari dirawat.

Berita duka itu di kongsikan oleh adik lelakinya iaitu Aldrich yang berada di hospital ketika mendiang Chaq atau Camellus Delleli Anam menghembuskan nafas terakhir.

“Ya, abang saya sudah meninggal dunia. Dia sudah tiada.

“Selain saya, ibu dan abang saya yang seorang lagi ada di hospital sewaktu mendiang menghembuskan nafas terakhir,” katanya kepada URTV.

Sebelum ini, Chaq ditidurkan selepas mengalami kecederaan parah akibat kemalangan jalan raya.

Chaq yang merupakan seorang penari dan penyanyi sambilan itu bertarung nyawa selepas menjalani dua pembedahan disebabkan pendarahan.

Akibat kemalangan itu, beberapa organ dalaman Chaq mengalami kecederaan termasuk jantung, hati dan limpa.

Selain tekanan darah dan jantungnya dilaporkan rendah selain buah pinggangnya juga terkesan.

Difahamkan, pihak keluarga sedang menguruskan proses untuk membawa pulang mendiang ke Penampang, Sabah sebelum disemadikan pada esok hari.