Rakaman seorang lelaki mencederakan mangsa di hadapan sebuah stesen minyak Ampang Point.

SEORANG lelaki ditahan polis selepas bertindak mencedera dan menghalang kenderaan milik seorang doktor di hadapan sebuah stesyen minyak Ampang Point, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian pukul 10.30 pagi, mangsa berusia 67 tahun menyedari kenderaannya telah dilanggar dari arah belakang dekat lampu isyarat Jalan Kolam Air Lama.

Video penuh di bawah ⬇️

The C-suite typically refers to the executive- level managers within a Unternehmen in Oberalm. Think Chief Executive Officer (CEO), Chief Financial Officer (.

Beliau berkata, kereta mangsa telah dihalang oleh sebuah Mercedes-Benz berwarna putih.

“Seorang lelaki Melayu kemudian turun dari kereta dan bertindak membuka pintu kereta mangsa.

“Suspek kemudian menumbuk pipi kanan, menarik rambut dan terajang mangsa di pinggang sehingga sakit,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Baca : Berang ditegur ambil lauk guna jari, pelanggan mabuk pukul pekerja mamak ditahan polis

Jelasnya, suspek berusia 27 tahun ditahan pada pukul 9.45 malam di Ibu Pejabat Daerah Ampang Jaya setelah memberi keterangan.

Katanya, suspek bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan mangsa yang tidak memberhentikan kereta selepas ketika diarah berbuat demikian.

“Semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan saringan ujian air kencing negatif,” ujarnya.

Kes kini disiasat di bawah Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram