Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar.

PAS menyifatkan dakwaan ia akan meninggalkan Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) hanyalah provokasi bertujuan memecahbelahkan hubungan akrab mereka di dalam Pakatan Nasional (PN).

Naib Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, Pas kini sedang menyiapkan pengagihan kerusi dengan Bersatu sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Kita baru selesai mengadakan perbincangan, termasuk sedang menyiapkan asas pengagihan kerusi sebagai persiapan menghadapi PRN malam tadi.

“Isu PAS akan tinggalkan BERSATU seperti diviralkan termasuk melalui tiktok adalah palsu dan kita mengibaratkan sebagai seseorang sedang mengoncangkan pokok,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Hari Hutan Antarabangsa peringkat negeri di Dewan Batu Bersurat di Lembaga Muzium negeri, hari ini.

Baca artikel lain: Data keciciran murid NGO tidak tepat – KPM

Yang turut hadir adalah Setiausaha Kerajaan negeri, Tengku Seri Bijaya Raja, Datuk Tengku Farok Hussin Tengku Abdul Jalil, Pengarah Jabatan Perhutanan negeri, Roslan Rani dan Pengarah Muzium negeri, Che Azmi Ngah.

Ahmad Samsuri menambah, tiada sebarang isu terutama mengenai Pas akan meninggalkan Bersatu dibangkitkan ketika mesyuarat dengan seluruh kepimpinan tertinggi kedua-dua parti dalam PN, malam tadi.

Katanya, Pas masih setia bersama Bersatu walaupun beberapa pemimpin tertinggi parti itu, termasuk Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin terpalit dengan pelbagai isu dan sedang dalam proses di mahkamah.

“Biasanya pokok bergoncang disebabkan ditiup angin, tetapi dalam isu seperti diviralkan kita ibaratkan ada individu sedang mengoncangkan pokok.

“Kita sendiri pun tidak tahu dan ingin tahu individu yang sedang mengoncangkan pokok itu,” katanya.

Beliau menegaskan hubungan antara Pas dan Bersatu tetap kukuh walaupun ada individu sedang berusaha untuk mencatatkan hubungan baik antara pemimpin tertinggi kedua-dua parti.

“Seperti peribahasa, pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin, tetapi isu diviralkan mengenai hubungan Pas dan Bersatu seperti ada individu yang sedang mengoncangkan pokok, siapa pun individu terbabit kita sendiri tidak tahu,” katanya.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram