Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dinamakan sebagai Setiausaha Agungnya yang baharu bagi sesi 2023-2026. GAMBAR: Abd Razak Aid

MAJLIS Kerja Tertinggi (MKT) UMNO sebulat suara menamakan Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki sebagai Setiausaha Agungnya yang baharu bagi sesi 2023-2026.

Jawatan tersebut sebelum ini disandang oleh Datuk Seri Ahmad Maslan.

Dalam mesyuarat sama juga, MKT turut memilih Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai Ketua Penerangan UMNO yang baharu bagi menggantikan Isham Jalil.

Hari ini barisan kepimpinan MKT UMNO mengangkat sumpah jawatan bersama Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Timbalannya, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Baca artikel lain: Isu batal pengecualian cukai Yayasan AlBukhary: Lim Guan Eng buat laporan polis

Mesyuarat ini adalah yang pertama diadakan selepas pemilihan UMNO melibatkan 187 bahagian di seluruh negara.

Pada pemilihan lalu, Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi UMNO Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Johari Abdul Ghani memenangi jawatan Naib Presiden UMNO.

Seramai 25 calon disahkan memenangi jawatan ahli MKT UMNO bagi sesi 2023-2026.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram