⋅
UMNO mengumumkan pelantikan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid, sebagai pengerusi baru untuk mengetuai parti itu di Kedah bagi menggantikan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Mahdzir antara tiga nama yang diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, bagi memegang jawatan pengerusi UMNO negeri yang baru.
Ketua UMNO Arau, Datuk Rozabil Abdul Rahman, pula dilantik sebagai Pengerusi UMNO Perlis untuk menggantikan Datuk Seri Azlan Man yang baru-baru ini kalah dalam persaingan merebut jawatan ketua bahagian di Kangar.
Bekas anggota Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Jalaluddin Alias pula dilantik sebagai Pengerusi UMNO Negeri Sembilan, lapor Malaysiakini.
“Di Perlis, Rozabil dilantik sebagai pengerusi, manakala timbalannya ialah Datuk Mohd Fathul Bari Mat Jahaya. Di Kedah, Mahdzir pengerusi, timbalannya ialah Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim.
BERITA BERKAITAN MT UMNO sesi 2023-2026 adakan mesyuarat pertama hari ini
“…Negeri Sembilan Jalaluddin pengerusi, timbalannya ialah Hashim Rusdi, Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan timbalannya Datuk Rais Yasin,” kata Ahmad Zahid pada sidang media di ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur, hari ini.
Terdahulu Ahmad Zahid mempengerusikan mesyuarat MKT buat pertama kalinya selepas pemilihan UMNO Sabtu lalu.
Pada majlis itu juga ahli MKT UMNO yang menang pada pemilihan turut mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ahmad Zahid dan Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
‘
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram