PELAKON Nynaa Harizal menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang menganggap dia sudah meletakkan titik noktah dalam dunia lakonan.
Jelas Nynaa atau Nurul Hanynaa Harizal,27, dia akui masih merindui untuk berada di lokasi penggambaran seperti waktu dirinya masih belum berkhawin.
“Saya tidak akan berhenti berlakon. Cuma sekarang ini saya beri fokus kepada keluarga memandangkan saya baharu sahaja melahirkan anak sulung.
“Anak pun masih kecil lagi dan memerlukan perhatian yang lebih. Jadi, buat seketika, saya berehat sekejap dari dunia seni.
“Saya akan kembali cuma tak dapat nak pastikan bila waktunya sebab saya kini bukan sahaja seorang isteri tetapi juga dah bergelar ibu,” katanya kepada URTV.

Nynaa berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran Fire & Ice Lip Booster Serum.
Sementara itu, Nynaa akui suaminya, Fahmi Ilyas lebih menyukai dirinya untuk fokus kepada keluarga dan perniagaan.
Walau bagaimanapun, Nynaa memberitahu, tidak sukar untuk memujuk suaminya agar membenarkan dia kembali berlakon.
“Saya akan pujuk saya untuk beri kebenaran saya berlakon semula. Dia pun tak susah untuk dipujuk.
“Ada juga saya terima beberapa tawaran lakonan tetapi semuanya terpaksa saya tolak sebab nak fokus pada keluarga dulu,” ulasnya.

Dalam perkembangan lain, Nynaa kini melangkah setapak lagi dalam kariernya apabila bergelar usahawan kosmetik dengan jenama Her Beauty.
Untuk pengeluaran pertama, Nynaa memperkenalkan produk rawatan bibir intensif iaitu Fire & Ice Lip Booster Serum.
“Dengan harga mampu milik iaitu RM44.90, produk ini didatangkan dengan dua jenis serum pelembap yang memberi kesan berbeza tetapi saling melengkapi apabila digunakan bersama.
“Ciri-ciri teksturnya juga bersifat ringan agar mudah meyerap ke dalam bibir untuk memberi perlindungan secara berterusan selama empat jam tanpa rasa berminyak dan melekit,” katanya.

Produk ini boleh didapati menerusi laman sesawang www.herbeauty.com.my.