Rakaman memaparkan pergelutan antaran penghantar makanan dan anggota polis di IPD Besut.

SEORANG penghantar makanan ditahan selepas melakukan provokasi ugutan terhadap anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Besut, baru-baru ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Superintendan Azrol Anuar Nor berkata, kejadian berlaku apabila lelaki yang berpakaian sebuah syarikat penghantar makanan hadir ke IPD Besut dengan menaiki sebuah motosikal.

RenWeb has been purchased by FACTS, the embed youtube generator that Christian Academy School System contracts to manage tuition and fees. Our district code is. CA-US.

Beliau berkata, lelaki terbabit telah mengeluarkan kata-kata berbaur ugutan dan provokasi kepada anggota yang sedang bertugas di pos pengawal.

“Beberapa anggota polis yang berada di lokasi telah memberi amaran kepada suspek untuk beredar.

“Suspek kemudian berjalan keluar pagar lalu mengambil sebatang cota daripada bakul motosikal dan melibas cota kepada anggota yang sedang bertugas di pos pengawal,” katanya dalam satu kenyataan.

Baca : Lelaki amuk guna keris, jadikan pekerja tebusan ditahan polis

Jelasnya, berlaku pergelutan antara anggota polis bersama suspek dan kekerasan minimum telah digunakan sepanjang melaksanakan tangkapan.

Azrol Anuar berkata, suspek telah ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 506 dan 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 90 Akta Polis 1967 dan Seksyen 6(1) Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkan maklumat yang tidak sah sehingga mengakibatkan kegusaran awam.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram