Menu istimewa nasi bawang ini merupakan resipi turun temurun keluarga Abang Dee. Sesuai dihidangkan untuk berbuka puasa dan pada Hari Raya. Penggunaan bawang besar yang banyak, menambahkan keenakan rasa nasi bawang. Manis dan lemak nasi bawang bergabung dalam satu rasa. Lembut beras basmatinya, dan wangi daun pandan antara rahsia keenakan nasi bawang air tangan Abang Dee. Selamat mencuba.

NASI BAWANG
BAHAN

1 kg beras basmati – rendam 10 minit
10 biji bawang merah – hiris
6 ulas bawang putih – hiris
5 cm halia – hiris
4 helai daun pandan
1 sudu besar marjerin
2 sudu besar mentega
5 cm kulit kayu manis
6 biji buah pelaga
7 kuntum bunga cengkih
1 sudu kecil serbuk perasa
Garam

CARA PENYEDIAAN

  1. Panaskan marjerin dan mentega, masukkan daun pandan serta rempah 3 sekawan iaitu kulit kayu manis, buah pelaga dan bunga cengkih. Tumis sehingga naik bau.
  2. Kemudian masukkan bawang merah, bawang putih dan halia, tumis seketika lagi sehingga naik aroma.
  3. Sukat beras basmati, tumiskan sekali dengan bawang merah, bawang putih dan halia sehingga sebati.
  4. Jangan lupa, masukkan garam, sedikit gula jika suka, serbuk perasa dan air secukupnya. Tanak sehingga masak.