
HASRAT seorang anak pekerja kebersihan melanjutkan pelajaran dalam keadaan lebih selesa berjaya direalisasikan Yayasan Bank Rakyat (YBR).
Komited dalam membantu seramai mungkin anak-anak golongan kurang berkemampuan menyambung pengajian, YBR tampil membantu seorang ibu tunggal, Anniza Wardi membiayai pengajian anaknya.
Menurut YBR dalam kenyataan, Anniza, 52, yang bekerja sebagai pekerja kebersihan sebelum ini terpaksa membuat persediaan dalam serba kekurangan bagi tujuan kemasukan ke semester baharu.
Anaknya, Akmal Adil Syahmi Shahruddin merupakan pelajar tajaan Mara di semester kedua jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Seni Bina di Universiti Malaya (UM).
YBR memaklumkan, Akmal Adil Syahmi merupakan anak ketiga daripada lima beradik memasang impian menjadi seorang arkitek yang berjaya pada masa hadapan.
Prihatin dengan nasib keluarga itu, Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani hadir menyampaikan sumbangan tunai sebanyak RM2,500, hari ini.
Baca artikel berkaitan: 171 keluarga mangsa banjir Johor terima bantuan RM44,200 YBR
Katanya, sumbangan itu bertujuan meningkatkan moral keluarga agar sentiasa menyokong dan meraikan kejayaan anak-anak mereka yang berjaya menyambung pengajian ke peringkat tertinggi walau dalam apa jua masalah dan kesempitan hidup.
Syaiful Rizal turut berharap pemberian sumbangan tunai itu sedikit sebanyak mampu meringankan urusan kewangan yang dihadapi keluarga berkenaan dan menyuntik kesedaran mengenai kepentingan pelajaran dalam kehidupan.
Tambah beliau, sumbangan yang disalurkan juga mampu memberi suntikan semangat dan motivasi kepada anak-anak untuk terus beruaha menuntut ilmu.
“Ia juga sebagai tanda ingatan YBR dalam membantu masyarakat yang benar-benar memerlukan bantuan.
“Saya berharap dengan bantuan daripada YBR ini dapat membantu Akmal Adil mencapai impiannya dan dapat membantu keluarganya kelak,” jelas beliau.
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram