Tiga beradik termasuk OKU dirantai, ibu mangsa dan seorang lelaki ditahan

Dari Penulis

POLIS menahan seorang wanita berusia 46 tahun selepas dipercayai merantai kaki tiga anaknya termasuk dua daripadanya orang kurang upaya (OKU).

Tiga remaja itu yang dipercayai mangsa dera ditemukan orang awam di Jalan Kampung Tambun Tulang, Simpang Empat, Kangar, kira-kira 11.55 malam pada Jumaat.

Ketua Polis Kangar, Yusharifuddin Mohd Yusof, berkata seorang lelaki memberitahu terjumpa tiga remaja lelaki dirantai di kaki berada di tepi titi Jalan Kampung Tambung Tulang, menghala ke Utan Aji.

“Siasatan awal mendapati dua remaja lelaki dirantai bersama di bahagian kaki, manakala seorang lagi tidak dirantai dijumpai oleh orang awam yang melalui kawasan itu,” katanya menurut Astro Awani.

Yusharifuddin berkata, pemeriksaan mendapati ketiga-tiga remaja itu berusia lingkungan 14 hingga 16 tahun dan merupakan adik-beradik.

“Remaja ini dipercayai dikurung dan dirantai dalam rumah oleh ibu mereka yang tidak tinggal bersama. Mereka melarikan diri dari rumah dipercayai kerana tidak tahan diperlakukan sedemikian.

BERITA BERKAITAN Dakwaan Bella didera di bilik dobi tidak logik – Siti Bainun

“Lain-lain maklumat belum diperoleh kerana mereka enggan bercakap,” katanya.

Beliau berkata, semua mangsa menjalani pemeriksaan di hospital dan didapati dalam keadaan stabil serta tidak menunjukkan sebarang trauma atau ketakutan.

Selain ibu mangsa, polis turut menahan seorang lelaki berusia 31 tahun dan akan direman tujuh hari bagi membantu siasatan bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Keterangan awal terhadap suspek mendapati, tindakan itu dibuat kerana sikap ketiga-tiga mangsa yang sukar dikawal mengakibatkan dia bertindak merantai mereka.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di FacebookTwitterInstagram & Telegram


Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram

Berkaitan

Pemasyhuran Tunku Nadzaruddin tidak sah, lepaskan sendiri jawatan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

ISTIADAT pemasyhuran Tunku Nadzaruddin Tuanku Ja'afar sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 di sebuah hotel di Alor Gajah,...

More Articles Like This