SERAMAI 179 mangsa daripada 47 keluarga terpaksa dipindahkan ke empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Larut Matang dan Selama akibat banjir di beberapa kawasan malam tadi.
Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak memaklumkan, 79 mangsa dari Kampung Sungai Relong dan Kampung Baru Batu 5, Taiping yang ditempatkan di Dewan Orang Ramai Sungai Relong malam tadi dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Bukit Jana disebabkan kapasiti yang ramai.
“Selain itu, seramai 42 mangsa dari Taman Mawar 2 dan Kampung Jelapang Jaya di Bukit Gantang dipindahkan ke PPS yang dibuka di Sekolah Kebangsaan Simpang.
“PPS turut dibuka di Dewan Orang Ramai Sungai Baru, Bukit Gantang bagi menempatkan 12 mangsa dari Kampung Sungai Nyior dan terdapat 46 mangsa pula dipindahkan ke PPS di Dewan Orang Ramai Kampung Simpang Halt selepas rumah penduduk kawasan itu dinaiki air,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Baca lagi: Segerakan proses tender projek tebatan banjir – Perdana Menteri
Beliau berkata, tiada jalan yang terputus dan cuaca semasa di lokasi terjejas adalah baik ketika ini.
Katanya, sehingga kini pelbagai agensi dan pasukan penyelamat meneruskan pemantauan di lokasi terlibat dan PPS, bagi memastikan keselamatan mangsa banjir.
— BERNAMA
Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’
Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTok, Facebook, Twitter, Instagram & Telegram