Hasil tidak akan mengkhianati usaha, penanaman Golden Melon yang diusahakan pekebun bandar ini sudah memasuki musim keenam untuk dituai. Rasa golden melon yang manis dan rangup antara faktor mengapa Yazid Nazry memilih tanaman ini untuk diusahakan di belakang rumah.
Jelasnya menerusi perkongsian di laman sosial, untuk penanaman di sekitar rumah, perancangan dan strategi yang baik perlu dilakukan untuk memastikan tanaman dijalankan semaksima mungkin dan memerlukan gerak kerja penyelenggaraan yang baik untuk memastikan kawasan sentiasa kemas dan bersih dan secara tidak langsung mengurangkan masalah serangga.
Yazid turut memberikan tip agar bersembang selalu dengan pokok dan pujuk mereka agar terus hidup walau apa pun yang berlaku.
Ikuti perkongsiannya.
“Alhamdulillah musim ke-6 Golden Melon
Laman Melon Kebun Bandar
Sekadar “home grower” & Level hobi
Untuk tanaman di sekitar rumah perlulah mempunyai strategi dan perancangan yang baik bagi memastikan tanaman semaksima yang mungkin dan gerak kerja penyelenggaraan yang baik untuk memastikan kawasan sentiasa bersih dan kemas. Secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah serangan serangga.
Bagi tanaman golden melon ini, penjagaan yang rapi diperlukan.
Sebelum mulakan tanaman, kita perlulah mencari dan memahami jenis melon itu sendiri. Contoh dari segi rasa dan daya ketahanan pokok serta hasil buahnya. Ramai yang lebih gemar golden melon yang mempunyai rasa yang manis dan rangup.

Golden Melon
Biasanya mengambil masa dalam -+72 hari bermula dari semaian hingga tuai. Secara asas ada beberapa fasa jalan kerja yang perlu dilakukan seperti
Semai benih + Pindah anak pokok + Lilit pucuk pokok + Buang sulur + Pendebungaan + Pemilihan calon buah + Penjagaan buah dari segi saiz dan kemanisan + pemantauan pokok dari serangan kulat dan terakhir, Menuai..
Bagi yang menanam secara terbuka, cuaca adalah cabaran utama.
Sebelum memulakan tanaman, niatkanlah sebahagian hasil untuk disedekahkan supaya kita dapat berkongsi rezeki.
Banyakkanlah bersembang dengan pokok-pokok.. sekali sekala pujuk la mereka agar teruskan hidup walau apapun berlaku.
Kebersihan dan kekemasan perlulah diutamakan
Percayalah diluar sana ramai yang sudi berkongsi ilmu cuma kita saja perlu berusaha mendapatkannya.
Jangan putus asa, Sabar dan Adab
Terima kasih doa dan sokongan anda semua
Masa untuk berehat kaedah HDP
Niat yang baik insyaALLAH balasan yang baik.
Pekebun Kiriman Tuhan
Arkitek Tanaman Anda
#gojedgreatgarden #tidakditaja #lifesohard.”









Kredit : Yazid Nazry’s