BEKAS Ahli Parlimen, Datuk Huan Cheng Guan mendedahkan bahawa bayaran pencen yang diterima sebagai wakil rakyat tidak setinggi yang disangka segelintir pihak.

Cheng Guan yang juga Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) berkata, bayaran pencen yang diterima olehnya adalah sebanyak RM2,534.41 sahaja.

Berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Batu Kawan sepanjang satu penggal iaitu dari 2004 hingga 2008, Cheng Guan menafikan dakwaan bahawa bekas Ahli Parlimen menikmati jumlah pencen mencecah puluhan ribu ringgit.

“Siapa kata mantan Ahli Parlimen lepas pencen terima berpuluh puluh ribu? Inilah pencen yang saya terima bulanan. 

“Level pun sama dengan Bangla atau Nepal sahaja. Kamu semua masa dalam pembangkang memang kuat tabur fitnah,” katanya dalam perkongsian di media sosial beliau hari ini.

Baca lagi: 97 peratus veteran ATM yang terima BSH tidak berpencen

Mengulas lanjut, Cheng Guan berkata, bayaran awal pencen adalah sebanyak RM2,300 sahaja.

Ujar beliau, jumlah tersebut naik dua peratus selepas 12 tahun, iaitu menjadi RM2,500 ketika ini.

“Yang inilah sahaja yang ada. Yang lain-lain apa pun tiada. Kenduri dan program-program yang dijemput oleh masyarakat kena hadir juga. 

“Walaupun sebagai mantan Ahli Parlimen masih ramai yang jemput, semua pun dari kocek sendiri. Tambah pula bila ada kematian kena ziarah juga. Kini bukan macam dulu,” katanya.

Sebelum ini, isu bayaran pencen kepada bekas Ahli Parlimen menjadi tumpuan apabila ada yang mendakwa mencecah sehingga jutaan ringgit setiap seorang.

Jadikan UtusanTV ‘shortcut’ muka depan telefon anda!
Ikuti langkah ini:
Langkah 1: Layari utusantv.com
Langkah 2: Klik pada logo UtusanTV di bahagian atas skrin
Langkah 3: Klik pada 3 titik di penjuru atas kanan (atau penjuru bawah kanan) telefon anda
Langkah 4: Klik ‘Add to Homescreen’

Jangan lupa ikuti akaun media sosial kami di TikTokFacebookTwitterInstagram & Telegram